Saturday 26 November 2011

Boleh Order Pizza di Bulan



Pihak Domino Pizza merancang, pembangunan restoran pizza di Bulan itu akan menelan belanja lebih kurang $21.7 billion. Dari jumlah kos tersebut, di antaranya akan dihabiskan untuk 70 tan material dan peralatan pembuat pizza dengan 15 buah roket.
Restoran yang berbentuk kubah itu akan memiliki dua lantai dan berdiameter 26 meter. Bahagian basement akan dijadikan dapur untuk menyediakan pizza. Pekerjanya juga akan tinggal di dalam restoran kubah tersebut.
Tomohide Matsunaga, jurucakap Domino mengatakan kepada Daily Telegraph, Khamis (1/9/2011), “Kami telah memikirkan idea ini sejak tahun lalu, tetapi kami belum boleh memastikan bila restoran pizza ini akan dibuka.”
Mereka juga akan menyediakan perkhidmatan penghantaran pizza. Matsunaga juga mengatakan, rancangan pembuatan restoran pizza ini juga demi masa depan, di mana astronot dan orang awam boleh tinggal di Bulan.
Perancangan indah ini mungkin belum boleh menjadi realiti dalam waktu terdekat kerana penerbangan ke Bulan untuk orang awam dan kemungkinan manusia hidup di bulan dalam masa yang lama masih dalam peringkat kajian

No comments:

Post a Comment