Wednesday 30 November 2011

Gaya Rambut Tahun Baru 2012

Kpd anda yg masih tercari2 gaya rambut apa yang sesuai untuk tahun 2012 nanti disini ada beberapa contoh yang mungkin boleh diaplikasikan kepada anda. Gaya sebegini dikenali sebagai HAIR TATTOO, kalau kita tengok memang ramai jugak yang sukakan hair tattoo yang simple. Semuanya terpulang kepada diri sendiri untuk memilih. Ayuh saksikan beberapa gambar dibawah: enjoy
yang last ni rasanya sesuai untuk student...

Tuesday 29 November 2011

Nasi Tomato dan Ayam masak Merah

Entry kali ni nak share resipe kegemaran ramai nasi Tomato n Ayam Masak Merah..Sure ramai yg suke mkn ni tp x berape nak tau camne masaknya kan. Salalunya org makan nasi tomato dengan ayam masak merah, tak tau knape, boleh je kalau nak makan ngn rendang ke, ayam kicap ke, tapi aku sendiri pun enjoy ngn ayam masak merah sendiri, terangkat kalau makan..tapi yg sedapla
meh sini blaja.

caranya taklah susah mane yg enting ade keinginan nak cube, untung2 skali cube trus menjadi, kalau tak jadi tu jgn lah trus give up, wat je sampai jadi. ok
Ape2 pun, enjoy this recipe~
Bahan-bahan Nasi (4 orang) - ku buat separuh
2 cawan beras basmati - aku buat 1 + 1/2C
2 biji tomato, potong dadu - aku kekalkan
2 cawan air - aku letak 1 1/2C
1/2 cawan susu - aku kekalkan
3 sudu besar sos tomato - aku kekalkan
*1 + 1/2sb tomato puree - aku tambah
1 helai daun pandan, disimpul- tak letak, malas nak ke belakang rumah :P
sedikit garam

Bahan tumis
2 sudu mentega@minyak sapi - ku guna 1sb minyak sapi
2cm kulit kayu manis - aku guna 1 batang
1 kuntum bunga lawang - aku letak 2 biji
1 biji buah pelaga - aku letak 2 biji
*2 biji bunga cengkih - aku tambah
2 ulas bawang putih, dihiris - aku blend
1/4 bawang besar dihiris - aku blend

Hiasan
Bawang goreng -a ku tak letak sebab tak suka

Cara-cara

1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan.
2. Panaskan mentega@minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, buah tomato, tomato puree (jika letak), susu segar, air, daun pandan dan sedikit garam.
4. Masaklah nasi macam biasa. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng.

Bahan-bahan Ayam (4 orang) - aku buat separuh
1/2 ekor ayam - aku guna chicken wings 4 kepak bersama drummetnya
sedikit garam
serbuk kunyit

Bahan-bahan kisar
4-5 biji cili kering - aku guna 3 biji
1 cm halia
2 ulas bawang putih - aku kekalkan
1 labu bawang besar - aku guna separuh
1 biji tomato, potong dadu - aku guna separuh
1/2 cawan sos tomato - aku guna 1/4C
*2sb tomato puree - aku tambah

Bahan Hias
1/2 biji bawang besar, potong bulat - aku tak letak
kacang hijau secukupnya - aku guna mix veg

Cara-cara
1. Bersih ayam.
2. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit.
3. Goreng sehingga 2/3 masak (aku goreng garing)
4. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato, buah tomato dan tomato puree (jika guna) sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos, buah tomato dan tomato puree (jika guna). Tumis sehingga naik minyak.
5, Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan. Perasakan dengan garam atau sos tomato jika perlu.
6. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api dan sedia dihidang.

Pintu Langit di China

Wilayah Zhanjiajie, Wilayah Hunan, Cina menyimpan suatu panorama alam yang sangat menakjubkan yang digelar ‘Pintu Langit’.
Ia ialah merupakan sebuah lubang raksasa di atas puncak gunung Tianmen.’Pintu langit’ ini berukuran ketinggian 131.5 meter, selebar 57 meter dan sedalaman 60 meter. Mulut pintu ini menembus puncak gunung, sehingga nampak seperti lubang raksasa yang indah. Kawasan yang dibuka pada tahun 2001 ini, kini mulai dibuka untuk pelancong asing.
Untuk menuju lokasi tersebut ialah menggunakan kereta gantung sejauh 7.3 kilometer yang ditempuh lebih kurang setengah jam perjalanan.
Di perjalanan para pelancong akan melalui deretan pegunungan yang bersalji pada musim sejuk namun sebelumnya, akan melalui perkampungan penduduk dengan hamparan sawah dan kebun yang begitu luas.
Untuk sampai ke lubang Pintu Langit itu juga terpaksa menaiki puluhan ribu anak tangga di lereng-lereng pergunungan yang curam.

Selain itu, masa ini juga sudah selesai dibangunkan jalan raya baru yang mendekati puncak. Namun pada musim sejuk jalan tersebut dilarang untuk dilalui

Monday 28 November 2011

Motivasi Diri - Jangan dan Tapi

Jangan Menunggu Boleh baru lakukan! Tapi Lakukanlah!!! Anda Pasti Boleh!!!
Jangan menunggu bahagia baru tersenyum.
Tapi tersenyumlah, maka anda semakin bahagia
Jangan menunggu kaya baru bersedekah.
Tapi bersedekahlah, maka anda semakin kaya

Jangan menunggu pasangan yang sempurna baru menikah.
Tapi menikahlah, maka kesempurnaan akan hadir dalam hidupmu
Jangan menunggu termotivasi baru bergerak.
Tapi bergeraklah, maka anda akan termotivasi
Jangan menunggu dipedulikan orang baru anda peduli,
Tapi pedulilah dengan orang lain! maka anda akan dipedulikan…
Jangan menunggu orang memahami anda baru kita memahami dia,
Tapi fahamilah orang itu, maka orang itu paham dengan anda
Jangan menunggu terinspirasi baru menulis.
Tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu
Jangan menunggu projek baru bekerja.
Tapi berkerjalah, maka projek akan menunggumu
Jangan menunggu dicintai baru mencintai.
Tapi belajarlah mencintai, maka anda akan dicintai
Jangan menunggu banyak duit baru hidup tenang,
Tapi hiduplah dengan tenang, Insya Allah bukan sekadar duit yang datang,
Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti.
Tapi bergeraklah, maka anda akan menjadi contoh yang diikuti
Jangan menunggu berjaya baru bersyukur.
Tapi bersyukurlah, maka bertambah kejayaan kamu
Jangan menunggu boleh baru melakukan,
Tapi lakukanlah! anda pasti boleh!
Jangan gagal mencuba
Tapi biar mencuba Tapi gagal
Jangan Berkata “Ya Tuhan! Masalahku sangatlah Besar!”
Tapi katakanlah “Wahai Masalah!! Tuhanku sangatlah Besar!!”
-Apapun masalah, Allah bersama kita,Insya Allah…

Sunday 27 November 2011

Teknik peminta sedekah buat luka palsu

1. Alat-alat dan material yang diperlukan : 
Dakwat merah, pencungkil gigi, cotton buds, span cuci pinggan, gam
2. Buat “area luka” menggunakan gam 
3. Tunggu sampai gam kering
4. Gunakan pencungkil gigi untuk menadjust area luka pada gam
5. Ratakan gam dan bentukkan kawasan luka dengan span
6. Samarkan kawasan luka dengan sedikit dakwat merah
7. Ratakan gam dengan pencungkil gigi untuk membentuk “broken skin”
8. Sapukan dakwat merah di kawasan luka menggunakan pencungkil gigi
10. Luka palsu dah siap, sedia untuk beraksi!

Saturday 26 November 2011

Boleh Order Pizza di Bulan



Pihak Domino Pizza merancang, pembangunan restoran pizza di Bulan itu akan menelan belanja lebih kurang $21.7 billion. Dari jumlah kos tersebut, di antaranya akan dihabiskan untuk 70 tan material dan peralatan pembuat pizza dengan 15 buah roket.
Restoran yang berbentuk kubah itu akan memiliki dua lantai dan berdiameter 26 meter. Bahagian basement akan dijadikan dapur untuk menyediakan pizza. Pekerjanya juga akan tinggal di dalam restoran kubah tersebut.
Tomohide Matsunaga, jurucakap Domino mengatakan kepada Daily Telegraph, Khamis (1/9/2011), “Kami telah memikirkan idea ini sejak tahun lalu, tetapi kami belum boleh memastikan bila restoran pizza ini akan dibuka.”
Mereka juga akan menyediakan perkhidmatan penghantaran pizza. Matsunaga juga mengatakan, rancangan pembuatan restoran pizza ini juga demi masa depan, di mana astronot dan orang awam boleh tinggal di Bulan.
Perancangan indah ini mungkin belum boleh menjadi realiti dalam waktu terdekat kerana penerbangan ke Bulan untuk orang awam dan kemungkinan manusia hidup di bulan dalam masa yang lama masih dalam peringkat kajian

Friday 25 November 2011

Wednesday 23 November 2011

Gambar yg Menyentuh HATI...

Gambar yang amat menyentuh hati. Seorang anak yatim melukis gambar “ibu”nya dan tidur bersama lukisan itu :
Terbaca kisah adik ni dalam internet…..mak dia mati dalam peperangan. Dia terlalu rindukan mak dia, so dia lukiskan gambar mak dia sedang lentangkan tangan untuk dia tidur sebagai bantal. Dia rindukan pelukan mak dia…..dia cuma budak berusia 4 tahun….
Ya Allah…sekiranya kita ternampak anak-anak yatim berikanlah mereka bukan hanya barangan material seperti makanan, tapi beri mereka pelukkan & ciuman yang jarang mereka dapat tetapi amat diperlukan dan dirindui….
Sudah berapa lama kita tidak mencium pipi dan dahi anak-anak kita yang belum baligh? Sudah berapa lama kita tidak memeluk anak kita?
Note:
Adakah anak aku akan begini apabila aku pergi meninggalkan dia nanti?
Adakah ada yang sudi menyambung dan memberi kasih sayangku pada dia apabila aku tiada nanti?
Adakah ada yang akan memeluk anakku untuk dia rasakan yang dia sentiasa dalam keadaan yang selamat?…
Adakah ada yang akan mengucup dahi anakku semasa dia tidur?…
Adakah ada yang akan menyuapkan anak ku makan dan minum?…
Adakah ada yang akan mandikan dan siapkan anakku setiap hari?…
Sesungguhnya aku takut untuk terus memikirkanyang lain-lain, tetapi aku redha akan ketentuanMu Illahi.
Ya Allah..padaMu aku memohon, berikanlah aku kesihatan yang baik. KepadaMu jua aku meminta berikanku perlindungan
Panjangkan umurku Ya Allah, bagilah aku kesempatan membesarkan dan memelihara amanahMu sehingga dia dewasa.
Berikanlah aku kekuatanMU Ya Allah. Hanya padaMu aku berserah Ya Allah.
Kau Maha Pengasih..Maha Penyayang. Maha Pengampun .Maha SegalaNya.
Amin..

hari ke-2 bersama blog aku

ini merupakan hari ke-2 aku post dlm blog ni. masih blum punya masa untuk upload gambar tapi dan bahan bahan lain untuk dijadikan topik hangat..cewah hangat lah sangat kan.. ape2 pun tunggu je.. sikit-sikit mesti ada perubahan dlm blog ini nanti.

Tuesday 22 November 2011

Salam semua

Hi inilah post pertama untuk blog yg msih lagi fresh dari oven.. pasni insya'allah akn aku post kan ape2 yg boleh kita sama2 share xkiralah gambar, berita, info, events, resipi, fesyen dan ape2 saje. sudi2 kan utk follow blog ini. selamat berlayar