Thursday 1 December 2011

Android kini mengalahkan Apple

Alkisahnya Android OS kini semakin mengalahkan iOS dari Apple! Jadi pertama sekali perkara yang selalu saya nak cakap adalah –'”lupakanlah angan-angan nak beli iPhone ke Blackberry ke, untuk apa?”.
You should go for android!
Dah ternyata tajuk mengutarakan 2 perkara utama daripada Android yang digunakan oleh banyak pilihan jenama dan juga iOS daripada iPhone, jadi kita lupakan RIM dari Blackberry. Symbian dari Nokia?-perlu ke mention lagi sekarang ni? ops. ….
Mengikut sumber kajian comScore mengenai sistem pengendalian (OS) dan pengeluar utama di Amerika Syarikat, Android telah mengatasi iOS. Kajian ini adalah daripada bulan Februari hingga Mei tahun 2011 dan daripada umur pengguna 13 tahun ke atas!
Pengeluar utama pula didahului oleh SAMSUNG dan juga jangan terkejut jika APPLE jatuh di tangga ke-4. Samsung yang semakin banyak mengeluarkan model-model yang hebat dengan OS android kini menjadi pilihan ramai.
Diikuti dengan LG, Motorola kemudian Apple yang digemari ramai rakyat Malaysia ni… juga RIM iaitu Blackberry yang selalu didamba-damba juga. Nokia? sekali lagi nak ingatkan, lupakan saja nokia…. tiada apa keistimewaan
Jadi sudah terbukti Android kini meningkat dengan jayanya dikalangan pengguna yang bijak memilih. Kita boleh jumpa banyak jenis gadget yang disediakan oleh banyak pengeluar menggunakan platform android. Jadi usahlah bermimpi lagi, dapatkanlah gadget Android pilihan anda mengikut jenama yang disukai dan berbaloi untuk dimiliki serendah hanya lingkungan RM500++.

No comments:

Post a Comment